Perkara-perkara yang wajib anda lakukan sebelum booking Photographer.
Hello semua 👋🏻 Kembali lagi bersama saya, Danial daripada Ulala Photo di blog ini. Saya yakin, anda mesti blur-blur kan bila tengah cari & nak book photographer untuk majlis anda? Iyalah, first time katakan hahaha.
Banyak perkara yang anda perlu ambil tahu sebelum book photographer yang sesuai dengan bajet & masa anda. Di blog ini, saya nak share beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum booking Photographer.
1. Cek Portfolio Photographer
Bagi saya, cek portfolio Photographer adalah perkara pertama & paling wajib untuk anda lakukan. Anda boleh cek portfolio mereka samada di Instagram, Facebook, Twitter ataupun Website mereka. Antara aspek yang anda perlu lihat ialah hasil gambar yang mereka tangkap (dari segi moment-moment atau gaya editing mereka).
Ini kerana, bila anda cek portfolio mereka, sekurang-kurangnya anda tahu & boleh agak hasil gambar yang anda akan dapat nanti. Tak adalah nanti anda terkejut bila dapat hasil gambar yang tak menepati cita rasa anda hahaha.
2. Cek Slot Kekosongan
Anda perlu pastikan photographer pilihan anda free/available pada tarikh majlis anda. Adalah disarankan untuk lakukan ini 3 bulan sebelum tarikh majlis anda.
3. Harga Pakej & Caj Tambahan
Bagi memastikan anda masih berada di dalam kemampuan/bajet anda, harga pakej adalah perkara penting yang anda perlu tahu daripada photographer. Setiap photographer ada harga mereka tersendiri bergantung pada pengalaman mereka.
Selain itu, anda juga perlu ambil tahu jika terdapat caj tambahan (sebagai contoh: caj transport). Caj-caj tambahan ini bergantung kepada photographer. Jangan malu-malu untuk bertanyakan perkara ini.
4. Terma & Syarat Jika Menangguhkan/Membatalkan Majlis
Di musim PKP ini, keadaan sangatlah tidak menentu. Sampaikan kita pun takut nak booking photographer kita. Bagi saya, anda tidak perlu rasa takut/malu untuk bertanyakan soalan ini kerana itu adalah hak anda. Saya sebagai photographer pun tidak kisah jika client saya ingin bertanyakan soalan ini kepada saya.
Di Ulala Photo, anda tidak akan dikenakan caj tambahan jika menangguhkan majlis anda ke suatu tarikh baru.
Anda Masih Belum Ada Photographer?
Apa??? Anda masih belum ada Photographer? Jangan risau, saya sedia untuk merakamkan segala memori indah anda sepanjang majlis berlangsung.
Jom tempah tarikh anda di Ulala Photo!
Comments